20140526

kecapi rasa itu .


rasa apa ya ?

aha, tu yang kita cari,

iaitu

Bahagia juga tenang .

tapi hidup tak mudah nak capai bahagia didunia,
sebab apa ?

kerna

kita sentiasa diuji dengan macam macam dugaan,
ada orang yang sakit kronik, hilang keluarga, tiada duit dsb,

tapi bagi orang yang beriman,
mereka yakin ujian tu juga 'kebahagiaan' dunia,

sebab

bila Allah bagi ujian tu tandanya Allah sayangkan kita,

tak ka bahagia namanya bila Pencipta kita sayangkan kita ?

sedangkan pabila manusia sayangkan kita,
kita sudah mengakui cukup bahagia .

Firman Allah :

  " Orang - orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka 
     kebahagiaan dan tempat kembali yang baik " ( ar-Rad : 29)


Nak tenang juga punya syaratnya :

" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang " . 
   ( ar-Rad:28)

mudah bukan ?

formulanya cuma satu, yakni ingatlah Allah
dikala susah senang sebagainya .

macam mana pula nak sentiasa ingat kepada Allah ?

nak buat apa apa mulalah dengan Basmalah,

  " Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang ".

InshaAllah, bahagia itu ada dihadapan,
terkadang kita belum sedari .

tapi ketahuilah

bahagia yang sebenarnya adalah di 'sana' kelak,

moga kita sama sama peroleh bahagia di 'sana' , inshaAllah .

20140524

gagal

ya,

saya failed, haaaa

baru baru ni dapat result sem

 sekali cek, failed satu subjek, oho .

tak pa lah, mungkin bukan rezeki untuk kali ni,

Allah nak bagi, kita kena terima,

sabarlah .

Rasul ajar kita bila punya masalah,
jangan cuma lihat masalah semata - mata,
lihatlah kebaikan di sebalik ujian dihadapi.

yakinlah

yang tersimpan itu lebih baik,
mungkin Allah simpan sekarang untuk bagi 'hadiah' kat kita kemudian hari.

berat memang berat nak hadapi,
tapi siapa kita untuk kata tidak
dengan apa yang telah diaturkan oleh pencipta kita .

mungkin sebelum ini belum cukup berusaha,
sentiasa leka lalai,
jadi lepas ni, yuk sama sama berusaha .

biiznillah .