20140125

K 2

Terdengar perbualan antara dua orang makcik yang kerjanya membersih kawasan kolej,

makcik A : semalam, saya letih sgt, macam nak demam bila balik kerja

makcik B : sama ler kitanya, selalunya demam demam gini, dh tua gamaknya

makcik A : nak bangun solat pun tak larat, tapi saya gagahkan juga, saya doa kat Tuhan, 

        " Ya Allah, kau kuatkan aku, berikanlah aku kesembuhan agar aku dapat bekerja esok hari, bagi mencari rezeki demi anak-anakku ".

 Allahu, betapa ikhlasnya hati seorang ibu, mencari rezeki untuk anak dirumah,  

mulut terkumat kamit, meminta dari sang Illahi

tangan yang layu, digagahnya menadah memohon doa

kaki yang terketar ketar, dikuatkan untuk berdiri.

Subhanallah .

ingatlah, sesukar mana pun urusan kita, 

Allah sentiasa ada disamping, mungkin kita yang tak sedar .

     

20140123

kisah Mereka

     Kita semua manusia yakni hamba ciptaan Allah ,

 namun . . . 

 aku, kau dan dia, kisah kita tak pernah sama . 

 setiap orang lain kisahnya, ada suka, duka dan tawa .

 S e malam, seorang sahabat telefon , 

       izz : saya nk tanya, awak jgn gelak tau

       saya : ha okay, tanya ja

       izz : mcm mana nak buat solat taubat ?

              *gulp

       saya : buat ja mcm solat biasa, cuma niat sahaja lain 

       izz : doa mcm mana ?

       saya : inshaAllah, doa sendiri2 pun boleh .

                  ...panggilan tamat..(heheh)


    Semalam jugak, sembang dgn seorang sahabat yg saya sayang :)


          saya : awak fatin, bila nak kahwin  =,=

          fatin : saya tak mau kawhin

          saya : awat pulak ? nnti siapa nk jaga awak ?

          fatin : tak, saya nak jaga adik saya                                    ( maaf kata, adik dia syndrome down) , nanti kalau mak                      ayah saya takdak, siapa nk jaga adik saya ?

          saya : *terdiam seketika

          fatin : lebih baik saya korbankan diri saya,                            menjaga adik saya yang sudah pasti inshaAllah masuk                        surga daripada hal lain yg belum pasti .

 Allahu :'(  sebak dengar perancangan dia, menahan air mata mendengar .

sucinya hatimu, sahabatku .

Alhamdulillah ya Rabb kerana menghadirkan orang-orang yang baik di sampingku, 

 terasa beruntung dikelilingi orang seperti mereka .

 semoga ukhuwwah kita berkekalan, inshaAllah .

 sungguh, cerita kita tak serupa tapi tujuan hidup kita serupa  

yakni

 menjadi hamba yang diiktiraf sang pencipta, inshaAllah .






20140102

siapa yang menyapa ?

siapa jodohku?
hanya Allah yg tahu.
haritu baca di fb satu note tajuknya

" jodoh bertemu kematian "

inshaAllah, meh nk kongsi sedikit :)

Ada seorang wanita yg alim, baik, sempurna orangnya,
tapi masih tidak ada yg masuk minang, sudah pelbagai cara diikhthiarnya,
rasa rasa tahu tak sebab apa dia masih belum ketemu jodohnya?
mungkin jodohnya sudah bertemu kematian,

" wanita itu hampir kpd kematian? "

tidak.

mungkin jodoh yg ditetapkan untuk wanita tersebut sudah diambil nyawanya.
atau mungkin..
jodohnya menghampiri kematian tapi.  .
Allah 'simpan' dulu jodohnya.
jika mereka berkahwin dan sisuami meninggal, tidakkah kecewa si isteri?
dlm kecewa, mana tahu si isteri boleh lupa kepada Allah,
jadi Allah 'simpan' dahulu jodoh wanita itu.

bukankah Allah hanya bg ujian kepada hambaNya yang mampu menghadapi ujian,
wanita tersebut mungkin tak mampu menghadapi ujian jika sisuami meninggal,
jadi Allah bagi ujian kpd wanita tersebut dgn tidak berkahwin didunia.
inshaAllah, di akhirat kelak wanita tersebut bakal bertemu jodohnya :)

jadi,  kita janganlah terlalu 'gila' berfikir mengenai jodoh,
boleh berfikir tapi cukuplah serahkan semuanya pada Allah,
ada rezeki jodoh tu adalah, inshaAllah :)

selarikan berfikir mengenai jodoh dgn kematian,
bukan hanya fikirkan jodoh, tapi hal kematian diletak jauh jauh.
jodoh dan kematian semuanya di tangan Illahi,

apa kita boleh buat?

h a n y a  berdoa .

20140101

R a h s i a

Assalamualaikum, twenty thirteen berlalu, twenty forteen menjelma :)

bila tahun baru ja, orang tanya apa azam? 
k e h id upan kita ni semuanya rahsia Allah,
Allah sudah sediakan yang terbaik untuk kita, yakinlah!
semalam berbual dgn seorang sahabat,

katanya takut nak dpt result, takut takut kalau dia kecundang.
yakinlah sahabat, kita merancang, Allah juga merancang,
tapi sebaik baik rancangan ialah rancangan Sang Pencipta .

usah gusar andai diri kecundang, 
pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi,
jangan salahkan keadaan
yakinlah disebalik cubaan, semuanya rahsia yang Maha Esa.

i n g at, kita hidup untuk mencapai redhaNya
andai dengan kegagalan kita mampu dekatkan kita denganNya,
apa salah kalau kita gagal urusan dunia,
tapi kita berjaya mendekatiNya.

sedar, hidup bukan untuk mengejar dunia semata mata
akhirat objektif utama kita, dunia hanya perantaraan kita
dengan adanya dunia, kita mampu siap sediakan bekalan untuk akhirat.
sahabat, yakinlah dengan ketentuan Illahi
banyakkan berdoa,

inshaAllah kita semua mampu berjaya dunia akhirat  :)

moga Allah permudahkan.